Pages

Thursday, August 19, 2010

Cinta ALLAH cinta hakiki...

salam perkongsian buat semua....cinta adalah satu fitrah yang wujud secara semula jadi dalam diri manusia..setiap manusia pernah merasai cinta..namun, hakikatnya tiada cinta yang lebih hebat berbanding cinta terhadap Allah dan Rasullullah..hanya dengan mencintaiNya, jiwa yang resah akan menjadi tenang,perasaan marah menjadi gembira dan hati yang kotor akan menjadi bersih..walaupun sehabat mana pun cinta kita terhadap manusia,ia tidak sehebat kecintaan kepada Allah..Allah amat memahami setiap hati mahkluk-mahkluknya...sedangkan tidak semua manusia memahami perasaan manusia lain..merintihlah kepada Allah,mintalah apa yang anda dambakan..

Sekiranya cinta kepada Allah berjaya kita genggam,,hidup akan menjadi tenang dan segala urusan akan menjadi mudah..kta juga akan merasa Allah sentiasa memerhatikan segala tindak-tanduk kita.dan secara tidak langsung ia menghalang kita dari melakukan dosa kerana begitu takutkan Allah..

 Mencintai Allah,bermakrifat kepadaNya,selalu berzikir kepadaNya,mencari ketenangan denganNya,menenangkan hati di sisiNya,takut ,berharap dan tawakal hanya kepadaNya,dengan keyakinan bahawa Dialah Yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain.Dan itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai ALLAH..

"Ya Allah,jadikanlah aku seaorang hamba yang meletakkan cintaMu sebagai cinta teragungku".amiiim...

Friday, August 13, 2010

TIPS MENGHINDARI SIFAT TAKBUR....

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2..kadang kala kita merasa takbur dengan kelebihan diri sendri.sedangkan smua nikmat yang kta kecapi hari ini smuanya tidak kekal lama dan akan dikembalikan kdpNya....so,untuk mengelakkan sifat takbur,ikutilah tips2 di bawah...

1. Merasakan diri lebih hina daripada orang tua kerana mereka hidup lebih lama dimuka bumi Allah ini dan sudah tentunya amal ibadatnya juga lebih banyak daripada kita.

2. Merasakan diri lebih kerdil daripada kanak-kanak kerana mereka masih suci bersih daripada dosa sedangkan kita sudah dicemari tompok-tompok noda dan dosa.

3. Merasakan diri lebih kecil dari orang alim kerana ilmu mereka terlalu banyak daripada kita.

4. Merasakn diri lebih keji daripada orang jahil kerana mereka melakukan dosa kerana kejahilannya sedangkan kita tahu tapi masih melakukan dosa.

5. Merasakan diri lebih jijik berbanding orang miskin kerana mereka tidak bersedekah kerana ketidakmampuannya tetapi kita tidak bersedekah walaupun mampu.

6. Merasakan diri lebih rugi daripada orang kaya kerana mereka sudah tentu mempunyai harta yang lebih banyak untuk bersedekah dan membuat amal kebaikan.


semoga Allah memberkati setiap tindak tanduk kta....amiiiin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...