Pages

Tuesday, October 19, 2010

di manakah cantiknya seorang wanita????


"cantik".....sebuah perungkapan yang sgt subjektif dan sgt sinonom bagi insan yang bergelar wanita.setiap org mempunyai definisi yang pelbagai ttg cantik..Setiap manusia sukakan kecantikan kerana ia merupakan fitrah semula jadi dalam diri manusia...namun,,kecantikan x cukup dengan hanya sekadar memililki paras rupa dan fizikal yang menarik..TETAPI,,,ia harus dihiasi dengan keimanan dan tawadu' yang tinggi kpd Allah...
Anda ingin lebih cantik dan menarik BERDASARKAN SYARIAT ISLAM?ikutilah tips2 di bawah...
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu.",
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."begitu tingginya darjat seorang wanita dalam islam sehingga digelar perhiasan dunia..subhanallah,beruntungnya kaum hawa..
  Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
~renungkan dan selamat beramal~semoga sentiasa berada dalam keredaan Allah!!!

Tuesday, October 12, 2010

Baik Diam?????

DIAM..Banyak Kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam , kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian. 

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai." 
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". 
(Riwayat Abu Naim)




Jelaslah bahawa, ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam', usah gusar di label'budak yang pendiam'. 
Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,  
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.



Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan,

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu, 
kalau dia bercakap,

Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,
Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,



"Diam-diam ubi berisi"

atau
"Diam-diam tong kosong"

atau 
"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"



HIKMAH BERDIAM DIRI
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh karena itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, 
karena kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

Renung-renungkan dan selamat beramal...



Sunday, October 10, 2010

Tenangnye.....

Tenangnye melihat wajah mereka...terima kasih Ya Allah..ketenangan itu sekaligus mengubati kerinduanku selama  ini..dpt la stdy dgn lbh tenang lg..alhamdulillah...berikan an kekuatan Ya Allah!!!!

Saturday, October 9, 2010

salamatus sadri..(berlapang dada)

salam zulkaedah...semoga diri kita sentiasa dlm rahmat Allah sehingga ke saat ini..an just nk kongsi sedikit perkara yg mngkin kte sdh sedia maklum..just untuk mengingatkan..sperti yg kita sedia maklum,tujuan hidup kita di dunia ini ialah mengabdikan diri sepenuhnya kpd Allah..setiap perkara yg kte lakukan hendaklah ikhlas semata-mata krana Allah..bukan kerana mengharapkan pujian atau sanjungan dr org ramai.nauzubillah min zalik..contohnya,,kte dtugaskan untuk menghandle satu majlis..dan kte menjdi pengarahnya(sekadar contoh)..mngkin kdg2 terbit perasaan bangga krn dpt handle program yg bsar..tp,perasaan tu mesti ditepis awal2 demi mendapat keredhaanNya..betulkan niat kerana Allah..alhamdulillah lah klu dpt uruskn program dgn baik dan lancar..tp,,setiap manusia x sempurna..x terlepas dr membuat kesalahan..andai kata ditakdirkan program tu x memuaskan hati org..so,,kte kne redha dan belajar berlapang dada as long as ape yg kte buat 2 betul..sbb yg pasti matlamat program kte jelas iaitu untuk membantu org ramai..terpulang la pd seseorng individu itu untuk menilai buruk dn baiknya stu perkara tu..lg pn,, bukan mudah nak memuaskan hati semua org kn???oleh itu,,belajar untuk berlapang dada dan bersabar ats setiap ujian yg menimpa..mula2 mmg sukar untuk berlapang dada,,tp sekiranya kte selalu didedahkan dgn somethng yg memaksa kte untuk berlapang dada,,automatik ianya akn mudah..bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa".yg penting Allah tau niat sebenar kte..belajarlah melalui pengalaman..ALLAHHU AKBAR!!!

Sunday, October 3, 2010

Sabarlah.....Allah bersama org2 yg sabar....

'Ya Allah,berikan aku kesabaran yang tinggi'...kadang kala,,apbla kita berhadapan dgn sesuatu masalah begitu mudah kta mengeluh,tension,mudah marah dan lain2..sdangkn kte sbnarnya x sedar..smkn bnyk Allah uji kte,smakin sayang Allah pd kita..tp kn,,,,bkn mudah utk melawan sume perasaan negatif 2 time bnyk msalah.hanya org yg benar2 sabar dan menganggap ianya adlh 1  ujian Allah shja yg mampu mnangkis sume msalah tersebut..lg pun mesti ad bnyak hikmah di sebalik mslah 2...hmm,,betul2..bersabarlah atas sgla sesuatu yg menimpa..stiap mnusia x terlpas dr mslah...cuma,bagaimana kte handle mslh 2 menunjukkan tahap kaimanan kta terhadap Allah..sentiasalah berdoa kpd Allah agar diberikan kesabaran yg tinggi..INGATLAH,,ALLAH bersama org2 yg sabar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...