Pages

Tuesday, October 19, 2010

di manakah cantiknya seorang wanita????


"cantik".....sebuah perungkapan yang sgt subjektif dan sgt sinonom bagi insan yang bergelar wanita.setiap org mempunyai definisi yang pelbagai ttg cantik..Setiap manusia sukakan kecantikan kerana ia merupakan fitrah semula jadi dalam diri manusia...namun,,kecantikan x cukup dengan hanya sekadar memililki paras rupa dan fizikal yang menarik..TETAPI,,,ia harus dihiasi dengan keimanan dan tawadu' yang tinggi kpd Allah...
Anda ingin lebih cantik dan menarik BERDASARKAN SYARIAT ISLAM?ikutilah tips2 di bawah...
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu.",
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."begitu tingginya darjat seorang wanita dalam islam sehingga digelar perhiasan dunia..subhanallah,beruntungnya kaum hawa..
  Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
~renungkan dan selamat beramal~semoga sentiasa berada dalam keredaan Allah!!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...