Pages

Wednesday, February 9, 2011

RENUNGAN BERSAMA..


Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”







Bisikkanlah kepada hatimu tentang perkara-perkara tersebut...Setiap manusia dijadikan dengan pelbagai kerenah dan perangai..dan setiap manusia tidak terlepas  berburuk sangka kepada orang-orang lain..menganggap dirinya mulia..tapi hakikatnya tiada suatu perkara pun yang boleh dibanggakan kerana semuanya milik ALLAH..ALLAHU AKBAR!!!!


Manusia yang merasakan diri mereka hebat adalah manusia yang lemah. Seorang mukmin sentiasa merasakan dirinya hina dan tidak layak masuk ke syurga Allah. Apabila ia menginsafi hakikat itu, maka ia sentiasa diburu rasa resah kerana takutkan kematian. Orang lain takutkan kematian kerana tidak puas dengan kehidupan. Ia pula takutkan kematian kerana mahu beramal sebanyak mungkin mencari kasih Allah. Maka sebahagian mereka berkata, "Alangkah, jika aku hanya rumput yang akan diragut kambing." Ada sebahagian lain pula berkata, "Alangkah, jika aku kambing yang disembelih dan dimakan."


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...