Pages

Sunday, January 9, 2011

FAHAM..TAPI BUAT2 TAK FAHAM...

Assalamualaikum kepada semua..pada zaman yang serba moden ini,,semakin ramai lahirnya insan2 yang berjaya dalam akademik dan kehidupan..boleh dikatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan..tidak kurang juga mahasiswa2 lepasan pengajian islam.boleh dikatakan ramai walaupun tidak seramai bidang2 lain..namun,,persoalannya di sini,,sejauh manakah diri kita mengamalkan akhlak2 islam yg dipelajari selama ini.peringatan buat diri ana juga..walau sehebat dan sefakih mana pun kita dalam bab agama,,tiada gunanya segala ilmu yang kita pelajari itu seandainya tidak diamalkan..bak kata pepatah arab "ilmu tanpa amalan seperti pohon yang tidak berbuah"..

           Abu Darda’ berkata, “Sesungguhnya hal yang paling aku takutkan pada hari kiamat adalah ketika Rabb ku memanggilku di hadapan seluruh makhluk, kemudian Dia berkata,’Wahai ‘Uwaimir (nama asli Abu Darda’, pent.)! Apa yang engkau amalkan dari ilmu yang telah engkau ketahui?’”


       Ingatlah, ilmu bukanlah hanya sekedar hiasan di lisan dan banyaknya hafalan, namun rasa takut kita kepada Allah Ta’alaSemakin tinggi kadar ilmu seseorang, maka semakin tinggi pula kadar rasa takutnya kepada Allah Ta’ala. Allah Ta’alaberfirman, “Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah para ‘ulama (orang yang berilmu)."

    bersyukurlah pada Allah kerana memilih kita sebagai insan yang mempelajari islam..gunakan peluang itu sebaik mungkin.jangan pula kita yang   mempamerkan akhlak dan perbuatan2 yang tidak sedap mata memandang..ingat,,orang lain pandang kita tinggi disebabkan title 'pengajian islam'..hargailah perhargaan tersebut dan jangan sesekali mencemarinya..


          namun,,realitinya sekarang amat2 menyedihkan..bukan berniat untuk menunding jari kepada mana2 pihak,,tp hati ini berasa sangat sedih dengan keadaan ini..namun,,inilah realitinya..ana rasa, sebagai seorang yang bergelar remaja,,masalah hati memang sukar untuk dielakkan dan memang sangat susah untuk diterjemahkan. ..ya,,itu memang tidak dapat dinafikan..tapi,x mustahil untuk dibendung sekiranya perkara tersebut dicegah awal2..jangan sampai jadi parah..kalau dah parah,memang sangat sukar untuk dihandle..ayuh,rakan2!! lakukan pencegahan mulai sekarang.. kembalilah kepada Allah..insyaAllah,,berbekalkan ILMU yang kita pelajari sebelum ini mampu menguatkan hati kita betapa manisnya syariat2 dan hukum2 yang telah ditetapkan Allah..

          "bestnye kan kalau berdua,dapat luahkan perasaan bila ada masalah"..kata2 ini biasa kita dengar..biasanya statement inilah yang dijadikan faktor yang menjurus ke arah perkara tersebut..mengapa???tidak cukupkah Allah sebagai Rabb kita??merintih dan mengadulah kepadaNya kerana ana berani jamin Dia lah yang sangat2 memahami kita...atau pilih lah rakan sejantina sebagai tempat mengadu dan meluahkan perasaan..

          sebenarnya kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

             Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

             Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)

          perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..itu janji Allah..setiap orang mengharapkan pasangan yang suci..bebas dari 'bekas' orang lain..tapi,,untuk mengharapkan pasangan2 yang suci,,sucikan dirimu terlebih dahulu kerana seorang yang baik akhlaknya,,mesti mahukan orang yang baik akhaknya juga..jangan jadikan suami kita bekas2 lelaki lain..insyaAllah dia yang pertama dan terakhir..



     Lupakah kita terdapat ancaman bagi orang yang tidak mengamalkan ilmunya? AllahTa’ala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan"


kita sudah dididik dengan ilmu agama dari kecil lagi oleh ibu dan ayah..dan semakin meningkat dewasa dididik pula oleh guru2..lihat,,betapa besar pengorbanan ibu bapa demi memastikan kita mendapatkan pendidikan yang sempurna..namun,,apakah yang kita balas untuk mereka???..adakah ilmu2 yang kita pelajari selama ini,,hanya sekadar menunggu saat dicurahkan di dalam dewan exam semata-mata??..dan setelah berpuas hati dengan jawapan tersebut,habislah segala2 ilmu tersebut..stop..nokhtah.tamat..terhenti di situ..sama2 lah kita renungkn kembali dosa2 yang kita telah lakukan selama ini..dan sejauh manakah pengamalan kita terhadap ilmu yang dipelajari..sama2 kita istighfar..peringatan buat diri ini..'Ya Allah,,jadikanlah kami hamba yang beramal dengan ilmu"..AMIN..

wallahualam...



1 comments:

tinta_hikmah said...

Alhamdulilah.perkongsian yang menyedarkan diri yg lalai.syukran.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...