Pages

Thursday, January 13, 2011

UJIAN MERUPAKAN SATU NIKMAT


Assalamualaikum..semoga sentiasa dalam redha Allah hendaknya.sejak akhir2 ini,dalam kesibukan mencari ilmu banyak perkara baru yang  dipelajari..dan ana kira ianya merupakan "pentarbiahan langsung dari Allah".Tarbiah  dari Allah ini  membuatkan diri berfikir dan terus berfikir sehinggalah dengan izin Allah terjumpa jawapan kepada pelbagai persoalan yang sering bermain di benak hati..sejak sekian lama,,diri ini cuba untuk mencari2 dan cuba untuk mendapatkan kepastian dalam setiap perkara yang dilakukan..dan alhamduliillah ya Allah,ujian yg kau berikan kepadaku lewat ini  mampu menjawab pelbagai persoalan yang sudah lama bermain di minda..




Nabi saw bersabda "Musibah,kesedihan dan kesulitan apapun yang menimpa seorang muslim akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya"..


"Ujian,dugaan dan cabaran",kalau disebut tentang perkara tersebut,,mesti terdetik di hati betapa sengsaranya ujian dan dugaan itu.. tidak dapat dinafikan pada awalnya terasa sedih dgn dugaan dan ujian yang menimpa.namun,,bila direnung sedalam-dalamnya..betapa manisnya ujianMu ya Allah dan terasa sangat2 bersyukur kerana Kau telah memilihku untuk mendapat ujian ini..dan melalui ujian ini dapatku pelajari satu perkara yang tidak boleh diungkapkan dengan kata2.




Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya..Dia datangkan suatu ujian sesuai dengan kemampuan hambaNya...Dalam surah al-Baqarah ayat 286,maksudnya "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.maksudnya setiap perkara yang berlaku kepada diri kita adalah selari dengan kemampuan kita.percayalah.. alhamdulillah,,kini ana lebih menyedari betapa nikmatnya ujian yang Allah berikan..ujian itu sangat mengajar erti sebuah kehidupan.".hidup ini umpama roda"..kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah..tidak semestinya kita akan sentiasa berada di atas dan begitulah sebaliknya..terasa sangat tenang saat kau mentarbiah diri ini..teringat akan bait2 lagu setiap kali nyanyian devotees yang sering ana dan sahabat dengar semasa belajar di kelantan dahulu..lagu ini sangat memberi kesan kpd diri dan membangkitkan semangat..



Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang (...maha penyayang..)
leraikanlah aku dari keluh kesah (..uuu..)
yang membelenggu jiwa dan fikiran (..dan fikiran...)
ditambah dengan hasutan syaitan (..uuu..., haaa)

kurniakanlah kepadaku ketabahan (..ketabahan..)
singkapkanku hikmah segala ketentuan (..uu…)
Moga sinar-Mu berikanku pedoman (…pedoman..)
Hanya pada-Mu segala ketetapan (…haa…)

(backup)
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

seandainya akulah insan yang terpilih,,pimpinilah hidupku Ya Allah..


wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...