Pages

Monday, January 17, 2011

Indahnya Molekul Ais Ciptaan Allah SWT



“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”….

Adakah di antara Anda yang mengetahui apa lukisan dekoratif yang indah ini ? Sebahagian dari kita mungkin menyangka bahawa lukisan ini adalah hasil karya pelukis yang memang berbakat. Gambar ini bukanlah sebuah lukisan, melainkan salah satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa.
Gambar ini adalah bahagian kecil dari molekul ais yang dibesarkan ratusan kali ganda. Para ilmuan yang menemui reka bentuk  partikel ais yang sangat indah ini mengatakan, di dunia ini sejak awal penciptaan alam ini  sehingga sekarang ini tidak pernah ditemui dua partikel ais  yang menyamai diantara satu dengan yang lain. Setiap partikel ais berbeza reka bentuknya dari yang satu dengan yang lain, padahal semuanya terbentuk daripada sumber  air yang sama. Maha Suci Allah yang telah berfirman:

(صنع الله الذي أتقن كل شيء)! النمل 88

“(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat tiap-tiap sesuatu dengan kukuh”
Betapa hebat dan agungnya Allah..ALLAHU AKBAR!!!!
Ini pula merupakan cerita mengenai molekul air yang terdapat dalam air zam-zam.
subhanallah...

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidakboleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.
Seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekalian.
Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut,
perigi dan bermacam lagi).Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar,bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu
berkata 'banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi'

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan
warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya 'Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini'.

Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab 'saya rasa itu adalah sampel air zam-zam'. Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya 'Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam.

'Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini' Jawab Pensyarah. Profesor berkata 'Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
zam-zam.'

Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin
dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut
yg buncit).

Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti berlian dan berkilau-kilau..... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.

'Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya'..subhanallah..

Kenangan..
Melalui cerita di atas,teringat kenangan sewaktu ana dan sahabat apids(asasi pengajian islam dengan sains) mengadakan program X-DISC(Eksplorasi Dunia Islam Dengan Sains) yang bertujuan untuk mendedahkan kepada warga2 um nilam puri tentang kaitan islam dengan sains.sains merupakan sebahagian dari islam..semua kajian-kajian yang dibuat oleh para saintis mengenai kejadian alam sebenarnya telah lama wujud di dalam al-Quran.
view bilik x-discs

Program tersebut berjalan selama seminggu..pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan..satu bilik khas telah dimodified untuk memberi gambaran tentang islam dan sains..alhamdulillah,,segalanya berjalan lancar..kami juga sempat melakukan eksperimen ringkas bagi mendapatkan kepastian tentang perubahan yang berlaku pada sesuatu bahan apabila diucapkan sesuatu perkataan ke atasnya..
hasil lukisan tangan sahabat2ku..

Tiga bekas kecil disediakan.kemudian ana dan sahabat meletakkan nasi sama banyak dalam setiap bekas.bekas yang pertama disebutkan perkataan yang baik(alhamdulillah,subhanallah).bekas kedua disebutkan perkataan yang buruk,manakala,bekas yang ketiga tidak disebutkan apa-apa..dan keputusannya..selepas 7 hari,,bekas yang disebut alhamdulillah masih dalam keadaan biasa dan masih cantik.bekas yang disebut perkataan yang buruk pula,,nasinya sudah berkulat-kulat dan kehitaman,bekas yang tidak disebut apa2 pula,,keadaan nasinya lebih teruk berbanding nasi yang disebut perkataan yang buruk..melalui eksperimen yang ringkas ini,,sudah cukup untuk membuktikan kepada kita betapa agungnya kalimah-kalimah Allah..boleh la try di rumah..mudah je.sebab tu la,,sebelum kita minum digalakkan membaca selawat tiga kali agar molekul-molekul air yang masuk dalam badan kita ialah molekul2 air yang mulia..
wallahualam

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...