Pages

Saturday, January 15, 2011

"Manisnya menjadi seorang gadis"..

Jam sudah menunjukkan ke angka 8 .hujan yang tadi renyai-renyai kian menjadi lebat membanjiri bumi  bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan dan keseimbangan ekosistem..betapa cantiknya peraturan yang Allah aturkan.subhanallah..dalam hidup ini manusia hanya ada dua pilihan..sama ada memilih syurga atau neraka..dalam waktu yang singkat,,banyak perkara yang boleh dilakukan..sama ada hendak ke arah kebaikan atau keburukan..kitalah penentunya..semua pilihan terletak di tangan sendiri..


Alhamdulillah ditakdirkan Allah pada malam tadi ana dan beberapa orang sahabat   telah hadir ke majlis ilmu yang digambarkan Allah sebagai taman-taman syurga.alangkah bertuahnya insan-insan yang menbanjiri majlis2 ilmu ini di saat orang lain alpa dengan keseronokan duniawi.sama-samalah kita berebut untuk mencari ilmu-ilmu Allah ini..berbalik kepada majlis ilmu tadi,,tajuk forumnya adalah "Manisnya menjadi seorang gadis'.antara panelnya ialah Ustazah Fatimah Syarha dan Kak Ani..Antara pengisian yang tersimpan kemas dalam minda ini insyaAllah ana kongsikan bersama..






GADIS..bila disebut title 'gadis',,terbayanglah wajah yang ayu,cantik,lemah lembut dan sopan santun..ya,,itulah seorang gadis..cukup sempurna penciptaan yang maha Esa..kerana sebab itulah pemuda mudah tertarik dengan seorang yang bernama gadis..fitrah alam.gadis didefinisikan sebagai satu fasa di mana seorang perempuan yang belum berkahwin atau dinikahi dan yang masih memiliki dara..


"maka perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya"
                                                                                                (surah An-Nisa' : 34)


Berdasarkan ayat di atas,,wanita yang SOLEHAH ialah mereka yang sentiasa menjaga kehormatan dan kesucian diri..bagi yang sudah berkahwin,,hendaklah menjaga kesucian diri sewaktu ketiadaan suami dan bagi gadis-gadis pula,,mejaga kehormatan diri dari ditewaskan lelaki-lelaki ajnabi...betapa pentingnya menjaga kesucian diri sehingga ditegaskan Allah dalam al-Quran.begitulah keprihatinan Allah terhadap kaum wanita..hargailah ia..sebagai seorang yang belum berkahwin,,jagalah kehormatan diri..jangan biarkan diri hanyut dibuai rindu bersama' sang kekasih hati' yang hanya sementara..


tapi,,bagaimanakah kita hendak menjaga kehormatan diri??antara cara-caranya ialah perbanyakkanlah beribadat dan berdoa agar Allah membantu melihara kesucian diri..perdalamkan ilmu pengetahuan agama..mendampingi ustaz dan utazah dan berkawan dengan sahabat-sahabat yang solehah..insyaAllah,,kehormatan diri akan terpelihara dengan syarat meletakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah.selain itu,,jauhkan diri dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan..teringat ana akan kata-kata ustazah fatima syarha,,dalam al-quran disebutkan pada awalnya komunikasi antara lelaki dan perempuan adalah haram.selepas itu,,turun ayat al-Quran yang mengharuskan komunikasi antara lelaki dan perempuan dengan sebab darurat..namun,,yang hanya diizinkan oleh Allah ialah yang BENAR-BENAR darurat sahaja..






Bagaimana hendak tau,,sama ada komunikasi yang dilakukan itu benar2 darurat ataupun tidak??jawapannya ialah apabila kita mampu untuk berurusan dihadapan Allah di atas perbuatan yang kita lakukan,,itulah yang dikatakan sebenar-benar darurat..contohnya,,seorang lelaki hendak bertanya kepada seorang perempuan 'awak dah makan ke belum??dan dalam situasi ini dia keliru,penting ke tak aku tanya ni??darurat ke tak??akhirnya lelaki ini mengambil keputusan untuk mesej perempuan tersebut..tapi persoalannya di sini,,mampukah dia berurusan dengan Allah atas perbuatan yang dikerjakan??fikirkan sedalam-dalamnya..


Kebiasaannya lelaki melabelkan gadis yang sangat menjaga batas-batas pergaulan ini sombong,jual mahal..biarlah apa-apa pun anggapan orang terhadap kita..kerana kita masih ada Allah.bersyukurlah kerana Allah masih menemani kita.Allah masih pegang kita..Allah lebih mengetahui apa yang kita lakukan.Pandangan Allah lebih utama.insyaAllah ana pegang prinsip tersebut..


"Perempuan yang suci ialah perempuan yang dijaga oleh Allah,,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya..walaupun hatinya..kerana Allah amat mencintainya..tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,,di manakah Allah untuk menjaga kita??Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita".


Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,bermakna Allah mahu ambil kembali kita untuk dijagaNya".Mengapa masih ragu-ragu??'kekuatan usah ditunggu,,tapi harus dicari"Hargailah diatas kesempatan yang Allah berikan.peluang hanya datang sekali,,rebutlah peluang itu..


Dewasa ini,,di dada-dada akhbar mahupun di kaca-kaca televisyen sering memaparkan tentang isu-isu buang bayi,penzinaan dan lain-lain gejala negatif..kenapa ini semua berlaku?tidak lain tidak bukan kerana permulaan hubungan antara lelaki dan perempuan..bermula dari berbalas sms,chatting..selepas itu berjumpa dan akhirnya..wallahualam.selari dengan perkembangan teknologi yang kian pesat,,membuka peluang kepada berlakunya maksiat2 ini bagi mereka yang menggunakannya pada jalan yang salah..jangan terlalu memandang enteng perkara -perkara ini..kerana perbuatan ini ditegah oleh Allah..sanggupkah kita mengabaikan syariat2 yang cukup sempurna yang diaturkan Allah..renungkan sejenak..peringatan buat sahabat dan diri ini.. 


Ingatlah sahabat-sahabat,,"sesungguhnya Allah cemburu terhadap orang yang meletakkan cintanya kepada makhluk lebih tinggi berbanding kecintaannya terhadap Allah"..sanggupkah kita melihat pencipta yang mencipta diri ini cemburu dengan kita??muhasabahlah diri..


Rasanya terlalu banyak kak ani dan ustazah beri pengisian pada malam tadi..lebih kurang jam 12 malam,berakhirlah forum.. rasanya cukuplah perkongsian ana pada kali ini..semoga medapat manfaat.maaf atas segala kekurangan diri..









  

2 comments:

إبتسام فاهمة الدين said...

:) nice.. nantikan versi lain at my blog. hehe

shauqatul firdausi said...

syukran..insyaAllah,,sedia menanti..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...