Pages

Tuesday, January 25, 2011

TAUBAT

assalamualaikum..semoga kita tergolong dalam kalangan manusia yang bersyukur..amin..rsenya sudah agak lama ana x uptade blog ni..alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah pada hari ini..setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan baik dalam keadaan sedar atau pun tidak..ya,,itulah manusia..apabila datang godaan2 dan bisikan2 buruk mudahlah terpengaruh dengan perbuatan maksiat walaupun kadang kala hati mengatakan TIDAK pada perbuatan tersebut..walaupun banyak dosa yang kita lakukan,,Allah pasti menerima taubat hamba-hambanya yang ikhlas..







Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecilserta memohon keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.
Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. Sekirannya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan rahmat Allah s.w.t :
  1. Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan mengulangi dosa yang telah dilakukannya
  2. Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
  3. Beramal kebajikan
  4. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
  5. Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia & hari Akhirat

  • Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25
  • "Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan.Surah al-Baqarah : 222

SEBAB-SEBAB ALLAH MENERIMA TAUBAT

  1. Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
  2. Supaya hamba-Nya bersih daripada dosa dan memperoleh kebahagian di syurga kelak
  3. Supaya seseorang itu melakukan kebaikan dan mencegah dari kejahatan
  4. Orang yang bertaubat akan benci akan dosa-dosa lampaunya
  5. Orang yang bertaubat tidak akan mengulangi dosa-dosa lampaunya
  6. Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak mengampuni dosa hamba-Nya.



TUJUAN TAUBAT

  1. Diri suci dari dosa terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak
  2. Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t.
  3. Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna
  4. Mendapat balasan yang baik pada hari akhirat
  5. Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah s.w.t.
  6. Jiwa dan perasaan tenang

sama2 lah kita memperbaharui taubat kita..semoga amal diterima ALLAH..amin..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...