cuaca pd pagi td sangat tenang..sesekali ku melihat pemandangan langit,,subhanallah,,sgt cantik!!!tiada siapa yg mampu menciptanya..terasa sgt kerdil diri ini..sebenarnya ana sgt suka memerhati langit..memandangkan bilik an berada di tingkat atas,membolehkan ana melihat pemandangan langit dan awan dengan lebih jelas..sgt cantik..setiap hari,bentuk dan warnanya akan berubah..hari ni,,ia kelihatan berkepul2,,esoknya kelihatan seperti berbaris2..subhanallah..tidak terungkap dengan kata2 betapa hebatnya ciptaan Allah.
subhanallah...
sewaktu bermain buaian ana terpandang seorang bayi yg sangat comel di buaian yg disediakn khas untuk bayi..emm,,comelnya!!kecil2 sudah dididik bersenam..ana juga kagum dengan seorang pakcik ni,,walaupan sudah tua tp masih bersemangat bersenam..berbanding diri ana yang masih muda tp jarang bersenam..tp,insyaAllah ana akan try ubah sedikit demi sedikit..sedikit-sedikit lama2 jadi bukit..syabas pakcik,,saya kagum dengan pakcik!!
"kecilnya semut ni..tp tiada siapa pun yang boleh menciptanya..subhanallah,,hebatnya Allah.."bisik hati kecilku..dr sekecil2 perkara hingga sebesar-besar perkara semuanya di bawah penguasaan Allah..begitu juga dengan kejadian manusia sendiri..betapa banyak organ2 dalaman dan proses2 yg berlaku dlm badan kita seperti sistem perkumuhan,pernafasan dan bnyk lagi..tp,,kadang2 diri kte rasa tidak bersyukur dengan pemberianNya..cnthnya,,merungut..'aku x cantik la,,badan aku gemuk"..sebenarnya semua yang Allah cipta adalah cantik..tidak perlu mrasa cantik di hadapan orang,,tp jadilah cantik di mata Allah..kalau kte nak bandingkan betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan dengan kekurangan diri..SANGAT SEDIKIT lah kekurangan itu berbanding nikmat yang Allah beri..bersyukurlah dengan segala yang Allah beri dan takdirkan kepada kita..sesungguhnya ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi..
rajinnye semut ni..teruskan2..
dan pada petangnya,,selepas memberi makanan di cafe,,ana dan seorang sahabat berjalan di sekitar tasik di kolej..melihat telatah ikan2 kecil dalam tasik amat menenangkan hati..em,,kt sini ana share satu perkara yg baru ana dpt td..rupa2nya ikan ni pemalu ..pada mulanya,,ana memerhatikan ikan2 tu dr jauh iaitu atas jambatan..selepas itu,,sahabat ana turun sedikit untuk lihat ikan2 tu dengan lebih dekat..tp semua ikan itu bertempiaran berenang ke bawah jambatan..yg ana kagum,,semuanya pergi berenang bersama-sama dan serentak..x de pun sorang 'sahabat' yang ditinggalkannya.".bagus2 ikan,ukhuwah yang mantap!!ikan pun aplikasikan konsep wihdatul fikr dan wihdatul amal..berenang bersama2..jadilah kita seperti ikan2 ini sentiasa bersama sahabat2 dlm keadaan susah dan senang..em,,apa2 pun baru ana tau,,yg ikan ni pemalu..
subhanallah.....
setakat ni untuk hari ni...nasihat dari ana.."renungkan sesutu dengan renungan yang didasari dgn nikmat iman dan takwa sedalam-dalamnya,,insyaAllah kta akan memperoleh sesuatu yang sangat berharga dan bermanfaat..teringat akan nasihat lecture albgebraku.."BUAT SESUATU DAPAT SESUATU"..emm,betul3..ana nak tambah sikit,,buat sesuatu yang didasari dengan iman,dpt merasakan halawatul iman..
wallahualam..
1 comments:
semoga kita menjadi golongan ulul albab yang sentiasa memikirkan kejadian Allah lalu berfikir dan bertasbih pd Allah.
Post a Comment